Anda bimbang mengidap kanser usus/ Kolorektal?
Kami tahu langkah elak jadi pengidap kanser usus/ Kolorektal

Tahukah anda kanser kolorektal atau kanser usus merupakan kanser kedua tertinggi dicatatkan di negara ini selepas kanser payudara. Berdasarkan Registri Kanser Kebangsaan Malaysia 2012-2016, kanser yang paling kerap berlaku ialah kanser payudara iaitu 19 peratus, diikuti kanser kolorektal 13.5 peratus dan kanser paru-paru 9.8 peratus.

Dalam kalangan lelaki, kanser kolorektal merupakan kanser yang paling kerap berlaku iaitu 16.9 peratus. Kanser usus ini lebih banyak dikesan dalam kalangan lelaki berbanding wanita di mata kadar kematian lelaki akibat kanser ini berbanding kaum wanita iaitu sebanyak 1.42 kali ganda.

Antara penyumbang kepada angka kematian ini adalah kelewatan dalam mendapatkan rawatan sehinggakan pesakit hanya mendapat perhatian doktor apabila sudah berada pada tahap tiga dan ke atas.

Namun perlu diingat, individu berusia 50 tahun ke atas sama ada lelaki dan wanita mempunyai risiko yang sama terhadap kanser usus jika tidak mengamalkan gaya pemakanan sihat atau mengambil langkah pencegahan bermula sekarang. Statistik juga menunjukkan bahawa kaum Cina mempunyai insiden yang paling tinggi, diikuti oleh kaum Melayu dan seterusnya kaum India.

Oleh itu, anda perlu lebih peka terhadap tahap kesihatan diri sendiri dengan mengetahui punca dan tanda-tanda anda mengidap penyakit kanser usus. Anda juga perlu tahu bagaimana untuk mencari langkah penyelesaian bagi mengelak dari mengidap penyakit kanser usus.

Penyebab kanser usus / Kolorektal

Individu yang mempunyai sejarah membabitkan dua atau lebih ahli keluarga terdekat mereka (ibu bapa atau adik-beradik) yang menghidap keadaan ini, mempunyai peningkatan risiko sebanyak dua hingga tiga kali ganda.

Lemak diet yang tinggi dalam lemak mendorong kepada pembentukan kanser dengan mencetuskan penghasilan kompaun seperti asid deoksokolik dan juga asid litokolik. Diet yang tinggi dalam kandungan lemak akan merangsang penghasilan asid hempedu dalam hati.

Golongan yang mengambil minuman beralkohol sekurang-kurangnya empat kali sehari mempunyai peningkatan risiko sebanyak 52% untuk menghidap kanser usus. Alkohol dikatakan menghasilkan kesan terhadap sintesis asid folik. Di dalam usus besar, alkohol dipecahkan oleh bakteria dan menghasilkan kompaun asetaldehid yang berupaya untuk menguraikan asid folik. Asid folik merupakan kompaun penting dalam menyokong pembentukan dan juga pemulihan DNA sel.

Apa masalah yang kerap dialami pesakit kanser usus / Kolorektal?

Sembelit berterusan dan pada bulan berikutnya cirit birit

  • najis mempunyai darah atau berwarna gelap
  • najis panjang dan halus

seperti letih, pitam dan tercungap-cungap

Gejala ini tidak diketahui sebab ia berlaku, tetapi ia boleh berpunca oleh pelbagai faktor seperti anemia (sel darah merah rendah), tekanan darah rendah atau disebabkan oleh jangkitan akut seperti jangkitan influenza.

Sakit tekak tidaklah lazim berlaku dan bukan gejala utama untuk Novel Coronavirus 2019.

Apa akan jadi jika penyakit kanser usus / Kolorektal anda tidak dikawal dan dirawat sekarang ?

1) Secara umumnya kanser usus boleh dirawat jika dikesan dari awal, namun, jika terlewat anda berhadapan dengan risiko kematian.

2) Sekiranya penyakit kanser usus anda semakin serius, anda akan sentiasa merasa lesu dan lemah walaupun selepas berehat atau tidur. Lazimnya, keadaan ini berlaku apabila anda banyak kehilangan darah secara dalaman disebabkan oleh penyakit kanser usus ini.

3) Rasa sakit dan kejang perut secara berterusan.

Produk Rekomendasi untuk bantu selesaikan masalah penyakit kanser usus/kolorektal :

Logo Internetworking-11

All Right Reserved © 2020-2021 | Superteam Global 

ms_MYMY
Scroll to Top