Covid-19 Penyakit yang digeruni?
Bagaimana SIC boleh membantu daya tahan badan anda?

Digelar sebagai Novel Coronavirus iaitu merujuk kepada terma virus baharu yang tidak pernah dilihat sebelum ini pada manusia, virus ini telah mengorbankan kira-kira 82,992 individu daripada 183 buah negara sehingga 8 April 2020. Malah, tiada tanda-tanda virus ini akan terhapus dalam tempoh masa yang singkat lebih-lebih lagi, vaksinnya masih belum dapat disediakan lagi oleh mana-mana negara.

Virus baharu yang menular antara individu ini tersebar melalui titisan pernafasan daripada batuk atau bersin mula dikesan pertengahan Disember 2019 di bandaraya Wuhan, Hubei, China. Virus ini telah diiktiraf sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac 2020. Novel Coronavirus ini kemudiannya distandartkan gelarannya di seluruh dunia sebagai Covid-19. Statistik dari WHO sehingga 8 April menunjukkan sebanyak 1,4441,128 individu di seluruh dunia telah dijangkiti di mana 307,819 individu bersamaan 21.36 peratus telah berjaya sembuh dari penyakit berkenaan.

Pasukan perubatan dan kerajaan di kesemua negara yang terjejas dengan jelas menyatakan penyakit berkenaan merebak dengan begitu pantas dan cara terbaik mengekangnya ialah memutuskan rangkaian Covid-19 berkenaan dengan “berkurung” di rumah. Masyarakat di seluruh dunia juga dinasihatkan untuk kerap menjaga kebersihan diri, membasuh tangan dan melakukan penjarakkan sosial sekurang-kurangnya satu meter.

Malah, masyarakat turut dinasihatkan untuk sentiasa positif dan disarankan untuk meningkatkan imuniti tubuh bagi melawan penyakit yang hanya mampu diperoleh melalui amalan pemakanan yang baik.

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sehingga 12.00 tengah hari 8 April 2020, sebanyak 4,119 individu dijangkiti Covid-19 di mana dari jumlah tersebut sebanyak 65 kematian direkodkan. Jumlah kesembuhan yang berjaya dicatatkan ialah sebanyak 1,487 kes.

Oleh itu, anda bukan hanya perlu mengetahui apa itu Covid-19, punca dan tanda-tanda menjadi pengidap penyakit pendemik berkenaan tetapi anda perlu tahu bagaimana untuk mencari alternatif penyelesaian bagi mengelak menjadi penderita sakit Covid-19.

WhatsApp Coach Adi

Antara punca kematian pesakit COVID-19

Golongan warga emas merupakan golongan yang berisiko tinggi maut sekiranya dijangkiti Covid-19. Sehingga 8 April, kira-kira 40 daripada 65 kes kematian Covid-19 di Malaysia membabitkan golongan warga emas.

Kes membabitkan individu yang mempunyai sejarah penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, sakit jantung, asma dan masalah buah pinggang merupakan kes yang dikategorikan berisiko tinggi sekiranya dijangkiti Covid-19 kerana mempunyai sistem imun badan yang rendah.

Kajian yang dijalankan oleh Liu Wei et al, melibatkan pesakit yang mengalami komplikasi pneumonia akibat Covid-19 menunjukkan individu yang dikaitkan dengan sejarah merokok mempunyai risiko 14 kali lebih tinggi berbanding dengan mereka yang tidak merokok.
Reuters melaporkan Profesor Jean-François Delfraissy yang mengetuai majlis saintifik bagi menasihati kerajaan (Perancis) menyatakan individu yang memiliki berat badan berlebihan perlu berhati-hati kerana jika dijangkti Covid-19 mereka akan menjadi antara golongan berisiko tinggi.

Apa simptom dialami pesakit Covid-19?

(sumber daripada doctoroncall.com.my)

Tempoh inkubasi (masa yang diambil untuk gejala pertama untuk menunjukkan dirinya selepas seseorang yang dijangkiti virus) untuk Covid-19 ini dijangkakan berada dalam tempoh 14 hari. Ianya bermakna seseorang yang dijangkiti virus ini tidak akan mempunyai gejala atau tanda selama 14 hari dan berpotensi menyebarkan penyakit ini dalam masa tersebut.

Berikut adalah simptom 2019 Novel Coronavirus:

Gejala ini tidak khusus hanya untuk 2019 Coronavirus Novel seperti yang anda ketahui. Demam boleh disebabkan oleh pelbagai kondisi perubatan seperti jangkitan kuman, sakit, kanser dan banyak lagi. Demam boleh muncul seawal 3-5 hari selepas seseorang itu dijangkiti dengan virus ini tetapi mungkin tidak dikesan oleh ramai orang jika suhu demam tidak terlalu tinggi.

Seperti virus pernafasan lain seperti virus influenza, pesakit dengan 2019 Novel Coronavirus juga biasanya mempunyai gejala batuk kerana virus itu boleh menjangkiti saluran pernafasan dan menyebabkan kerengsaan.

Ini adalah hasil jangkitan saluran pernafasan yang lebih rendah atau radang paru-paru. Sesak nafas tidak boleh berlaku jika jangkitan hanya berada di saluran pernafasan atas seperti hidung dan tekak. Ini adalah salah satu gejala penting yang perlu diberi perhatian untuk orang yang berisiko tinggi terhadap jangkitan Novel Coronavirus 2019.

Gejala ini tidak diketahui sebab ia berlaku, tetapi ia boleh berpunca oleh pelbagai faktor seperti anemia (sel darah merah rendah), tekanan darah rendah atau disebabkan oleh jangkitan akut seperti jangkitan influenza.

Sakit tekak tidaklah lazim berlaku dan bukan gejala utama untuk Novel Coronavirus 2019.

Sesetengah pesakit mungkin mempunyai gejala ini dan ianya tidak diketahui mengapa ia boleh berlaku.

Apa akan jadi jika anda terdedah Covid-19?

1. Berpotensi menjadi golongan berisiko maut sekiranya dijangkiti Covid-19 kerana imuniti tubuh yang rendah.

2. Pengidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis, sakit jantung dan juga masalah buah pinggang juga dikategorikan sebagai memiliki imuniti tubuh yang rendah serta berisiko tinggi.
3. Individu yang memiliki masalah berat badan berlebihan juga mempunyai risiko yang tinggi sekiranya dijangkiti Covid-19.

Ya memang anda perlu bimbang dengan penyakit pendemik Covid-19 ini lebih- lebih lagi bagi individu yang memiliki imuniti tubuh yang rendah dan mempunyai sejarah penyakit kronik. Rasa bimbang ini tidak memadai seandainya individu tidak mengambil langkah proaktif dan alternatif bagi meningkatkan lagi daya tahan tubuh masing-masing.

Penyakit kronik tentu sahaja sudah dianggap sebagai antara pembunuh utama di negara ini, namun, kehadiran virus baharu sejak lebih empat bulan lalu juga perlu diberikan perhatian oleh semua peringkat umur masyarakat.

Walaupun banyak kes kematian Covid-19 membabikan golongan warga emas, terdapat kira-kira 25 kes lagi bukan warga emas dan mempunyai sejarah penyakit lain. Oleh itu, wajar masyarakat berusaha meningkatkan imuniti tubuh masing-masing.

Produk Rekomendasi untuk Tingkatkan Imun Sistem Badan :

Logo Internetworking-11

All Right Reserved © 2020-2021 | Superteam Global 

ms_MYMY
Scroll to Top