Kencing manis anda makin tidak terkawal? Kami tahu langkah kawal kencing manis anda.

Mengejutkan! Dijangkakan menjelang tahun 2025, tujuh juta rakyat Malaysia berkemungkinan mengidap penyakit kencing manis. Data yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu tidak boleh diabaikan memandangkan penyakit ini mampu menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur lebih-lebih lagi bagi yang tidak mengamalkan gaya pemakanan sihat.

Penyakit kencing manis atau nama saintifiknya diabetis berlaku apabila metabolisme tubuh terganggu sehingga mengakibatkan glukosa di dalam badan tidak dapat dimanfaatkan sebagai tenaga secara maksimum. Buat masa ini sebanyak 3.5 juta rakyat Malaysia mengidap kencing manis di mana dianggarkan satu dari lima orang dewasa merupakan pengidap kecing manis.

Oleh itu, anda bukan hanya perlu mengetahui punca dan tanda-tanda anda mengidap penyakit darah kencing manis tetapi anda perlu tahu bagaimana untuk mencari langkah penyelesaian bagi mengawal penyakit kencing manis anda. Lebih baik lagi jika ada mampu mengelak dari menjadi salah seorang pesakit kencing manis.

Penyebab kencing manis

Diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga.

Pengambilan makanan tinggi lemak, kurang serat, lebih kandungan gula.

Apa masalah yang kerap dialami pesakit kencing manis?

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan.

Anda kena hati-hati apabila berat badan menurun tiba-tiba walaupun kuantiti makanan yang diambil adalah sama setiap hari. Inilah antara tanda kencing manis. Ini terjadi apabila badan anda gagal untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

Apabila waktu malam pula, selalu ke tandas untuk kencing. Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Anda juga mungkin tidak akan rasa sakit pada bahagian yang luka.

Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

Apa akan jadi jika penyakit kencing manis anda tidak dikawal dan dirawat sekarang?

1. Komplikasi mata (buta, glaukoma, katarak)

Kencing manis menjadi punca buta paling umum dalam kalangan dewasa yang berusia antara 20 hingga 74 tahun. Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006 mendapati 15,000 hingga 39,000 kehilangan penglihatan disebabkan penyakit kronik ini. Selain itu anda juga boleh mengidap glaucoma atau katarak yang akan menghadkan penglihatan anda.

2. Kegagalan buah pinggang

Pesakit kencing manis mempunyai kawalan gula yang tidak bagus. Pesakit seperti ini boleh mengalami kegagalan buah pinggang setelah beberapa tahun mengalami kencing manis.

3. Penyakit jantung

Risiko pesakit kencing manis mendapat gangguan kesihatan jantung tinggi dengan kekerapan lapan kali ganda berhadapan serangan berkaitan kesihatan kardiovaskular (jantung). Tempoh mendapat penyakit lemah jantung dianggarkan lima hingga 15 tahun selepas didiagnosis kencing manis.

4. Strok

berlaku kerosakan saluran darah di otak.

5. Kerosakan saraf

Hilang deria rasa pada saraf anda.

6. Pemotongan anggota badan terutamanya kaki

Luka yang lambat pulih berisiko menjadi semakin teruk dan membusuk. Sekiranya sudah membusuk, jalan untuk menyembuhkannya ialah dengan memotong anggota badan tersebut bagi mengelakkan luka berkenaan merebak ke bahagian lain.

Simptom atau tanda-tanda berkenaan akan mula dirasai sekiranya penyakit kencing manis anda di tahap serius. Namun sedarkan anda ramai yang tidak menyedari mereka merupakan pesakit kecing manis.

Walapun anda merasakan anda sihat sekarang, ini tidak akan mengecualikan risiko sakit kencing manis lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mengamalkan pemakanan sihat, gemar makan makanan segera, tidak bersenam dan lain-lain lagi. Sekiranya sudah didignosis sebagai pengidap sakit kecing manis, adakah anda mahu bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan berkenaan.

Tidak salah andainya anda mencuba sesuatu yang mampu membantu anda mengurangkan risiko mengidap penyakit kencing manis.

Produk Rekomendasi untuk Mengurangkan Kadar Gula :

Logo Internetworking-11

All Right Reserved © 2020-2021 | Superteam Global 

ms_MYMY
Scroll to Top