Darah tinggi anda makin tinggi? Kami tahu penawar bagi penyakit tekanan darah tinggi anda.

Tahukan anda hasil Kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati satu daripada tiga orang dewasa mengidap penyakit hipertensi atau darah tinggi. Malah, satu daripada lima orang dewasa tidak mengetahui mereka mengidap darah tinggi. Melalui kajian yang sama pada tahun 2015, 30 peratus daripada populasi rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mempunyai tekanan darah tinggi.

Darah tinggi ialah suatu kondisi dimana tekanan darah pesakit adalah lebih dari normal iaitu lebih dari 140 mmHg untuk sistolik dan lebih 80 mmHg untuk diastolik. Penyakit ini merupakan salah satu penyakit kronik yang dikategorikan sebagai penyakit tidak berjangkit (NCD) di mana penyakit ini kekal antara menyumbang utama punca kematian di negara ini.

Anda bukan hanya perlu mengetahui punca dan tanda-tanda anda mengidap penyakit darah tinggi tetapi anda perlu tahu bagaimana untuk mencari penawar bagi meredakan penyakit berkenaan bagi kesejahteraan kesihatan anda juga.

Penyebab darah tinggi

Apabila umur meningkat, tekanan darah juga akan meningkat kerana saluran darah menjadi lebih keras dan sempit disebabkan oleh plak yang tersumbat dari semasa ke semasa.

Semakin besar atau berat seseorang, semakin banyak kuantiti atau kandungan darah dalam badan dan semakin tinggi tekanan darah.

Lelaki lebih terdedah untuk mendapatkan masalah ini pada usia muda berbanding wanita yang lebih terdedah untuk mendapatkannya pada usia yang lebih tua.

Masalah kesihatan seperti masalah buah pinggang, kencing manis dan masalah tidur juga boleh meningkatkan tekanan darah.

Mereka yang kekurangan aktiviti fizikal selalunya memiliki kadar denyutan jantung yang lebih tinggi dan hal ini mengakitbatkan jantung bekerja dengan lebih keras dan memberikan tekanan yang tinggi kepada saluran darah dan juga tekanan darah itu sendiri.

Tekanan darah tinggi merupakan penyakit keturunan dimana apabila ada ahli keluarga yang menghidapinya, risiko untuk ahli keluarganya memiliki masalah yang sama juga meningkat.

Kandungan tembakau di dalam rokok bukan sekadar boleh menaikkan tekanan darah malah bahan kimia di dalam rokok tersebut boleh merosakkan lapisan di saluran darah dan menyebabkan saluran menjadi sempit dan meningkatkan risiko untuk mendapat sakit jantung.

Pengambilan garam berlebihan akan mengakibatkan isipadu cecair dalam salur darah meningkat. ni akan mengakibatkan tekanan dalam salur darah juga meningkat.

Terlalu rendah potasium dalam darah menyebabkan kandungan sodium meningkat dan hal ini boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi.

Apa masalah yang kerap dialami pesakit darah tinggi?

Apa akan jadi jika penyakit darah tinggi anda tidak dikawal dan dirawat sekarang?

1. Serangan jantung dan strok

Kerana salur darah menjadi sempit akibat daripada kesan jangka masa panjang darah tinggi, kuantiti darah dan oksigen yang sampai ke organ jantung atau otak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan kematian sel-sel otak atau jantung dan menyebabkan kegagalan jantung dan otak untuk berfungsi dengan baik.

2. Aneurisme

Apabila tekanan darah meningkat, ia boleh menyebabkan saluran darah menjadi lemah dan mengelembung membentuk aneurisme. Jika aneurisme pecah, ia boleh mengakibatkan kematian akibat daripada pendarahan yang teruk.

3. Kegagalan jantung

Untuk mengepam darah ke seluruh badan melalui saluran yang sempit, jantung perlu melakukannya dengan kuat dan dalam jangka masa yang panjang jantung akan menjadi bengkak dan gagal berfungsi dengan baik.

4. Kegagalan buah pinggan

5. Rabun atau masalah penglihatan

6. Masalah memori dan dimensia

Simptom atau tanda-tanda berkenaan akan mula dirasai sekiranya penyakit darah tinggi anda di tahap serius. Namun sedarkan anda, tabiat pemakanan rakyat Malaysia iaitu anda iaitu purata pengambilan garam menurut KKM adalah sekitar 8.7g sehari, hampir 2 kali ganda dari nilai yang disyorkan WHO. Maka tidak hairanlah ramai yang tidak sedar mereka merupakan pengidap darah tinggi.

 

Walaupun anda merasakan anda sihat sekarang, ini tidak akan mengecualikan risiko sakit jantung sekiranya anda mengamalkan gaya hidup dan pemakanana tidak sihat. Bahkan, sekiranya ada merupakan pesakit darah tinggi, adakah anda ingin bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan.

 

Tidak salah andainya anda mencuba sesuatu yang mampu menjadi penawar kepada sakit darah tinggi anda.

Produk Rekomendasi untuk Menstabilkan Darah Tinggi :

Logo Internetworking-11

All Right Reserved © 2020-2021 | Superteam Global 

ms_MYMY
Scroll to Top