Super Life STC30 (Superlife Total Care)

merupakan sebuah produk yang boleh dibanggakan dalam rawatan dan pencegahan penyakit berasaskan sel stem. Super Life STC30 mempunyai pelbagai ramuan biasa yang membantu meningkatkan kesihatan seseorang.

Rahsia untuk Muda | Sihat | Cergas

Terapi Sel Stem

Kecenderungan manusia untuk sentiasa kekal sihat serta tampil muda sudah bermula sejak dari dahulu lagi dan kebiasaan itu bukanlah sesuatu yang baharu. Namun begitu, apa yang berubah ialah kaedah penyelidikan dan penemuan. Terdapat kemajuan dalam aspek ini. Salah satu kemajuan yang paling radikal atau mendadak dalam bidang pemanjangan jangka hayat ialah berkaitan penggunaan sel stem dewasa (terapi sel stem).

Sel stem adalah sel yang belum membeza di dalam badan. Sel stem ini mempunyai keupayaan luar biasa untuk membezakan pelbagai jenis sel dalam badan. Apabila satu kehidupan (nyawa) baru bermula, satu sel tunggal halus yang dipanggil zigot terhasil dan membahagi berulang kali secara mitosis untuk membentuk sel-sel lain di dalam badan. Sel-sel berkenaan mengandungi informasi kod genetik manusia (kod genetik adalah perisian biologi yang menghasilkan dan mentakrifkan setiap jenis sel dalam badan).

Sebaik tubuh terbentuk, trilion sel dalam tubuh manusia masih kekal dalam populasi sel stem untuk bertindak membantu membaiki tisu yang rosak. Sel stem ini terdapat dalam mana-mana bahagian tubuh iaitu dalam tisu adipos, sum sum tulang dan dalam setiap tisu tunggal. Sel stem adalah kit pembaikan semula jadi. Sel stem ini hanya menunggu masa untuk membaiki tisu apabila keperluan itu timbul.

Bagaimanakah Sel Stem Dewasa Berfungsi?

Bagaimana sel stem dewasa berfungsi boleh digambarkan dengan mengambil contoh kulit. Kulit dijadikan contoh kerana perubahan pada kulit mengambarkan usia seseorang individu. Semakin meningkat usia, kulit akan semakin menipis dan hilang keanjalannya. Kulit yang kehilangan keanjalan akan menyumbang kepada masalah kedutan, garis halus dan kulit kendur. Kebiasaannya kulit akan memperbaharui dirinya sendiri iaitu memproses sel kulit yang baharu pada bahagian lapisan dermis.

Kelahiran sel kulit baru ini disebabkan oleh aktiviti sel stem dewasa. Seiring dengan peningkatan usia, penghasilan sel stem dewasa akan berkurangan dan beransur-ansur tidak aktif berfungsi. 

Sekiranya seseorang dapat menjaga pertumbuhan semula tisu kulit seperti sewaktu usia muda dengan penambahan sel induk dewasa, individu berkenaan akan kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Bukti secara praktikal dan ekperimen menunjukkan pembaikan organ dapat dicapai melalui teknologi ini. Bagaimanapun, adakah teknologi yang sama ini dapat digunakan untuk menghentikan penuaan masih belum dapat dipastikan.

 

Sel stem ini didokumentasikan telah digunakan dalam pengurusan dan rawatan lebih dari 130 penyakit. Antara penyakit yang disenaraikan ialah penyakit batu karang, kegagalan buah pinggang, penyakit hati, disfungsi pankreas, gangguan penglihatan, pembaikan kulit, glaukoma, kanser, sindrom down, strok, leukemia, rheumatoid arthritis, kecederaan otak, masalah sistem muskuloskeletal, multiple sclerosis, tekanan darah tinggi, pemindahan sumsum tulang, penyembuhan luka, pembesaran kelenjar prostat dan penyakit kardiovaskular.

Potensi Pasaran

Terapi sel stem mempunyai potensi pasaran yang besar. Dianggarkan, 80 peratus negara maju pada dekat ini akan memanfaatkan penggunaan teknologi kesihatan terapi sel stem. Dalam dekad mendatang, potensi pasaran sel stem dijangka mencapai AS $50 bilion.

Faedah STC30

STC30 adalah teknologi baru dalam dunia Terapi Stem Cell. STC30 diperbuat daripada bahan-bahan berikut:

Serbuk Jus Blackcurrant

Ekstrak Bilberry

Glisodin (Ekstrak Cantaloupe)

PhytoCellTec Solar Vitis
(Vitis Vinifera)

PhytoCellTec Malus Domestica (Uttwiler Spatlauber)

Serbuk Jus Blackcurrant

Nama saintifik blackcurrants ialah Ribes nigrum. Pada masa lalu, blackcurrants dikenali sebagai ‘buah yang dilarang’ terutama di Amerika Syarikat. Blackcurrants kaya dengan anthocyanins, bahan polifenol, antioksidan, vitamin C dan Gamma-Linolenic Acid (GLA). Blackcurrant membantu:


• Mengatur aliran darah
• Meningkatan sistem imun
• Kesihatan telinga
• Kesihatan usus dan
• Kesihatan buah pinggang

Blackcurrant telah terbukti secara saintifik meminimumkan risiko perkembangan gangguan metabolik seperti diabetes jenis 1 dan jenis 2. Blackcurrant kaya dengan vitamin seperti E, A, B1, B5 dan B6. Lebih baik lagi, ia kaya dengan Vitamin C. Kandungan vitamin C blackcurrants melebihi kandungan tumbuhan Citrus. Kandungan antioksidan dalam blackcurrants Super Life STC30 dua kali ganda antioksidan blueberry. Vitamin C juga membantu metabolisme protein dan penghasilan kolagen yang berperanan penting dalam penjagaan kulit dan mencegah penuaan.

Blackcurrant yang digunakan dalam Super Life STC30 membantu meningkatkan sistem imun. Blackcurrant kaya dengan antioksidan dan anthocyanin. Ini membantu dalam menguatkan sistem imun. Bahan ini mempunyai sifat antimikrobial, antikanser, antitoxic, antiviral dan antiseptik. Blackcurrant juga mempunyai kesan langsung tindak balas badan terhadap keradangan.

Serbuk blackcurrant mengandungi asid Gama-linoleic (GLA). GLA adalah asid lemak Omega-6 yang membantu mengurangkan tindak balas keradangan. Ia boleh membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan, bengkak dan kerosakan pada sendi dan otot.

Serbuk blackcurrant mempunyai kalium dan GLA yang dapat membantu mengurangkan tekanan darah. GLA juga membantu mencegah kerosakan pada miokardium dan menghalang platelet terkumpul dalam saluran darah. Kajian juga menunjukkan bahawa serbuk blackcurrant dapat meningkat aliran darah dari jantung dan juga mengurangkan rintangan dalam saluran darah.

Ekstrak Bilberry

Nama saintifik Bilberry ialah Vaccimium myrtillus. Ia adalah keluarga dari tumbuhan Ericaceae dan sinonim disebut sebagai whortleberry, blueberry, bearberry huckleberry dan blueberry Eropah. Bilberry merupakan bahan penting dalam Super Life STC30 dan mempunyai banyak fungsi. Ia merangkumi:

• Perlindungan terhadap kerosakan hati: Kehadiran antioksidan dalam bilberry melindungi hati dari kerosakan yang mungkin disebabkan oleh tekanan. Ekstrak Bilberry membantu perencatan aktiviti radikal bebas yang menyumbang kepada peningkatan tahap vitamin C dan glutation dalam badan. Peningkatan tahap kedua-dua nutrien secara drastik ini dapat menurunkan kepekatan nitrat oksida dalam hepatosit.

• Mencegah Aterosklerosis: Ekstrak bilberry mengandungi anthocyanosises. Anthocyanosises mampu meningkatkan aliran darah di sekeliling tisu periferal dan mencegah pengoksidaan kolesterol LDL. Kolesterol LDL adalah faktor penyebab utama untuk aterosklerosis. Walau bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan untuk membuktikannya.

•Mengatasi kegagalan buah pinggang. Berdasarkan penyelidikan, ekstrak Bilberry membantu menormalkan beberapa faktor yang menyumbang kepada kegagalan buah pinggang seperti kreatinin, oksida nitrat, dan nitrogen urea darah. Antioksidan menyekat pengeluaran radikal bebas yang mampu diserap dalam buah pinggang yang mana langkah ini melindungi organ berkenaan daripada kerosakan oksidatif.

• Perlindungan kulit: Bilberry digunakan dalam pelbagai rawatan kulit termasuk bagi rawatan ulser dan urat varikos. Pengambilan bilberry membantu meningkatkan peredaran darah dan memerangi masalah vena yang boleh menyebabkan gangguan kulit tertentu.

•Pencegahan kanser: Ekstrak Bilberry menghalang perkembangan sel-sel kanser. Satu penyelidikan yang dijalankan untuk menganalisis sifat bagi melawan penyakit kanser melalui pelbagai jenis beri membuktikan bilberry adalah yang terbaik dalam menghalang sel-sel kanser. Ini disebabkan adanya komponen fenolik seperti delphinidin dan glikosida. Kedua fenol ini menghalang penyebaran sel-sel malignan dan mendorong apoptosis (kematian sel progresif).

• Manfaat lain termasuk meredakan: Cirit-birit dan penyembuhan luka, mengurangkan risiko penyakit Alzheimer, kesan kardio-pelindung, mengurangkan kolesterol jahat, mencegah jangkitan saluran kencing dan melindungi mata dari penyakit serius.

Glisodin (Ekstrak Cantaloupe)

Glisodin adalah makanan tambahan baharu antioksidan. Sebagai komponen penting STC30, glisodin merangsang sistem pertahanan antioksidan badan. Ia meningkatkan pengeluaran badan antioksidan semula jadi sendiri termasuk Superoxide Dismutase (SOD, antioksidan yang paling kuat). Oleh itu, tubuh lebih bersedia untuk pulih dan menghadapi stres atau tekanan.

Manfaat Glisodin Yang Terbukti Secara Klinikal Termasuklah:

• Pencegahan kerosakan DNA yang disebabkan oleh tekanan oksidatif
• Menghalang tekanan foto-oksidatif
• Mencegah pengumpulan asid laktik dalam otot semasa latihan
• Meningkatkan kesihatan kardiovaskular
• Peningkatan perlindungan daripada tekanan oksidatif.

Tetapi Bagaimana Sebenarnya Glisodin Membantu Dalam Peningkatan Antioksidan?

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan menghasilkan antioksidan dan karotenoid di dalam badan, melindungi dari kerosakan baik secara dalaman dan luaran. Oleh itu, makanan ini amat bermanfaat untuk tubuh bagi meningkatkan pengeluaran antioksidan.

Superoxide dismutase dan glutathione peroksidase adalah antioksidan yang kuat bagi membantu memerangi radikal bebas superoxide. Dua antioksidan ini mengubah radikal bebas menjadi ion kurang reaktif yang kemudian dimusnahkan oleh katalisase dan glutathione peroxidase – proses yang disebut dismutation.

 

Biasanya, jika seseorang menggunakan Superoxide dismutase dalam bentuk asalnya, asid gastrik (asid di dalam perut) akan memusnahkannya. Walau bagaimanapun, jika ia terbungkus dalam gliadin (protein pengangkut), ia akan dilindungi daripada asid pencernaan dan bertindak secara berkesan oleh sel-sel imun dalam sistem gastrointestinal. GliSODin dan superoxide dismutase sebagai makanan tambahan yang boleh digunakan untuk meningkatkan pertahanan antioksidan badan.

Phytocelltec Solar Vitis (Vitis Vinifera)

Vitis vinifera merujuk kepada ekstrak sel dari anggur. Anggur mempunyai manfaat anti-penuaan yang besar dalam kulitnya dan benihnya. Kulit dan benih anggur ini akan melalui kaedah mengekstrak sel stem. Teknik ini melibatkan hirisan pada kulit atau benih bagi mengeluarkan sel stem tumbuhan dipanggil kalus yang terbentuk ketika cuba melindungi atau menyembuhkan luka tumbuhan.

Sel stem dituai dari anggur terpilih yang dapat menahan sinar ultraviolet cahaya matahari. Anggur terpilih ini mampu mengekalkan dan menanam semula sel epidermis pada bahagian batang tumbuhan berkenaan. Biji dan kulit anggur kaya dengan sebatian fenolik seperti proanthocyanidins dan antosianin. Anthocyanins mempunyai sifat anti-radang dan antioksidan.

Proanthocyanidins menstabilkan pengeluaran kolagen yang membantu dalam keanjalan kulit, mengurangkan kebengkakkan dan bertindak sebagai antioksidan. Proanthocyanidins yang terdapat dalam Vitis Vinifera adalah lebih berkesan daripada Vitamin C dan E. Matahari mengeluarkan sinar UV yang merosakkan tisu kulit dan mengurangkan keupayaan kulit untuk mengikat sel-sel yang sihat. Ini menyebabkan sel kulit rosak dan beransur-ansur mati. 

Antioksidan yang terdapat dalam Vitis vinifera yang digunakan secara meluas dalam STC30 mampu mengikat radikal bebas ini dan menghalangnya daripada mengikat sel yang sihat. Oleh itu Vitis vinifera dapat mencegah dan melawan penuaan serta kedutan kulit akibat pendedahan terhadap sinar matahari.

Phytocelltec Malus Domestica (Uttwiler Spatlauber)

Secara ringkasnya, Phytocelltec Malus Domestica (Uttwiler Spatlauber) adalah penyediaan liposomal sel stem epal. Sel stem ini mempunyai kandungan yang kaya dengan faktor epigenetik dan metabolit untuk memanjangkan hayat sel kulit. Penyelidikan menunjukkan PhytocellTec Malus Domestica melindungi sel-sel stem kulit dan melambatkan penuaan folikel rambut. Ini menunjukkan sifat anti-penuaan yang dimilikinya.

Perlindungan sel stem manusia oleh PhytocellTec Malus Domestica telah dipaparkan melalui pelbagai eksperimen secara in-vitro. Kesan anti-penuaan juga telah dipaparkan melalui beberapa kajian. Kesan anti-kedut Malus Domestica dinilai melalui kajian membabitkan 20 sukarelawan berumur 37 hingga 64 tahun. Emulsion (cecair pekat) yang mengandungi 2% PhytocellTec Malus Domestica digunakan dua kali sehari selama 28 hari untuk kaki gagak.

Kedalaman kedut ditentukan melalui cara vibo pengukuran kulit. Hasil kajian menunjukkan pengurangan ketara kedutan dalam kesemua 100% subjek.

Life is Super!

Feedback Produk daripada Pengguna

Sumber :

Basic report: 09083, currants, European black, raw. (2016, May). https://ndb.nal.usda.gov/ndb/foods/show/2195?fgcd=&manu=&lfacet=& format=&count=&max=35&offset=&sort= &qlookup=black+currant

Basu, A., Rhone, M., & Lyons, T. J. (2010). Berries: emerging impact on cardiovascular health. Nutrition Reviews, 68(3), 168 177. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/ PMC3068482/

Bonarska-Kujawa, D., Cyboran, S. Zylka, R., Oszmianski, J. & Klezcynska, H. (2014). Biological activity of blackcurrant extracts (Ribes nigrum L.) in relation to erythrocyte membranes. BioMed Research International. https://www.hindawi.com/journals/bmri/2014/ 783059/

Cassity, J. (2015, May 6). Six diet tips to help with psoriasis, psoriatic arthritis. http://www.psoriasis.org/advance/features/6-diet-tips-to-help-with-psoriasis-psoriatic-arthritis Diet, exercise, and immune responsiveness. (n.d.). http://www.nzblackcurrants.com/diet-exercise-and-immune-response/

Duke, J. A. (2002, June). Handbook of Medicinal Herbs, Second Edition. https://books.google.com/books?id=B_XLBQAAQBAJ&pg=PA90&lpg=-PA90&dq=blackcurrant+diuretic&source=bl& ots=iMxQJR61J&sig= CcezgphCC2yjD5PLFeW3TDOCqxg &hl=en&sa=X&ved= 0ahUKEwi6irDi8YrPAhVkwYMKHVOiAoI4 ChDoAQg1MAQ – v=onepage& q=blackcurrantdiuretic&f=fal

Eye health. (n.d.). http://www.nzblackcurrants.com/eye-heath/

Frenoux, J., Prost, E., Belleville, J., & Prost, J. (2001, January). A polyunsaturated fatty acid diet lowers blood pressure and improves antioxidant
status in spontaneously hypertensive rats. The Journal of Nutrition, 131(1) 39-45. http://jn.nutrition.org/content/131/1/39.long

Get the facts: Rheumatoid arthritis and complementary health approaches. (2012, September 10). http://nccam.nih.gov/sites/nccam.nih.gov/files/ Get_The_Facts_RA_and_CHA.pdf

Haltwell B, Gutterridge, JMC, Cross, CE (1992). Free radicals, antioxidants and human disease: where are we now? J lab Clin Med; 119: 598-620

Harness, E. (2015). The effect of polyphenol-rich blackcurrant extract on lipogenic and inflammatory gene expression in diet induced obesity mice. http://digitalcommons.uconn.edu/cgi/viewcontent.cgi?article=1414&context=srhonors_theses

Potassium and high blood pressure. (2014, August 4). http://www.heart.org/HEARTORG/Conditions/ HighBloodPressure/ PreventionTreatmentofHighBloodPressure/ Potassium-and-High-Blood-Pressure_UCM_303243_Article.jsp

Rosenblat, M., Volkova, N., Attias, J., Mahamd, R., & Aviram, M. (2010, January). Consumption of polyphenolic-rich beverages (mostly pomegranate and black currant juices) by health subjects for a short term increased serum antioxidant status, and the serum’s ability to attenuate macrophage cholesterol accumulation. Food & Function, 1, 99-109. http://pubs.rsc.org/en/Content/ArticleLanding/2010/FO/ c0fo00011f#!divAbstract

Vitamin C: Fact sheet for health professionals. (2016, February). http://ods.od.nih.gov/factsheets/VitaminC-HealthProfessional/#h7

Willems, M., Myers, S. D., Cook, M. D. & Gauit, M. L. (2014, June). Effect of New Zealand Sujon blackcurrant on resting cardiovascular function in triathletes. The Eleventh International Society of Sports Nutrition, 11(1). http://www.academia.edu/22469927/

Effect_of_New_Zealand_Sujon_blackcurrant_on_ resting_cardiovascular_function_in_triathleteshttp

Wu, D., Meydani, M., Leka, L. S., Nightingale, Z., Handelman, G. J., Blumberg, J. B., & Meydani, S. N. (1999, October). Effect of dietary supplementation with black currant seed oil on the immune response of healthy elderly subjects. The American Journal of Clinical Nutrition, 70(4), 536-543. http://ajcn.nutrition.org/content/70/4/536.long www.mibellebiochemistry.com

Logo Internetworking-11

All Right Reserved © 2020-2021 | Superteam Global 

WhatsApp Coach Adi
ms_MYMY
Scroll to Top